Wednesday, December 23, 2009


Terima Kasih Maio, hm.


Hari ke-4 PMR, 12th October 2009, dia lahir last sekali, time tu aku tengah mandi kan mak dia. Aku ingat mak dia beranak 4 je, tengok2 ada lagi, itulah dia hehe. Hm,time tu aku ingat dia lah paling buruk, tapi sebaliknya, dia lah paling comel sebab dia gebu. 2bulan 1minggu 6hari, pukul 7.30++ dia dah pergi, dia tinggal kan aku sorang-sorang. Aku menyesal sangat-sangat sebab kacau dia tidur semalm. Elok-elok dia tidur semalam aku amik dia bawak pergi mandi, lepas tu aku kering kan dia, tapi dia still bising lagi mungkin sebab dia sejuk.


Aku masuk tidur, aku tidur kan dia, dia tidur atas badan aku, lepas tu aku alihkan dia dekat bawah lengan aku dengan selimut. Dia diam & dia tidur, comel sangat. Hm, aku tidur lena sangat sampai aku tak sedar dia kat tepi aku kelemasan dalam selimut. Pukul 5 pagi dia dah betul-betul kering, aku tengok dia kat tepi, bulat je comel, bulu dia wangi bau sabun. Lepas tu aku tidur balik, pkul 7.30++ macam tu aku terjaga, aku rasa basah kat tepi peha aku, aku tahu dia kencing, tapi aku tak kisah lah, aku tengok bawah selimut aku, tengok-tengok dia dah keras, aku goncang-goncang kan dia, dia tak bergerak, dia dah mati Fatihah...


Ya Allah, aku tak boleh terima kenyataan, tolong lah aku. Tapi dia memang yang paling kecik dalam adik-beradik dia. Adik-beradik dia semua agresif, tapi dia jalan lembut je, lemah je. Dulu aku pernah tengok dia main lari-lari semua tu, tapi sejak 2minggu lepas dia macam lemah sebab dia cirit birit. 13 dec aku bawak dia jaln-jalan pergi Giant beli barang, dia comel sangat duduk dalm troley. Orang semua suka dekat dia, hm. Dia manja sangat dengan aku, meleseh-leseh semua, baik pulak tu, lembut je dia.


Hari Jumaat hari tu mak aku bawak dia pergi klinik, doktor bagi ubat semua. Aku bagi dia makan ubat tiap-tiap pagi. Sekarang ni takde dah aku nak bg dia makan ubat tiap-tiap pagi. Time aku nak bagi dia makan ubat, aku balut dia guna kain dia warna biru, muka dia comel sangat, memag korang geram kalau korang tengok. Aku tak tahan nak ingat balik benda-benda ni semua. Aku menyesal seumur hidup, kalau aku tak kacau dia tidur semalam, takdenya dia nak mati tidur dengan aku. Ni sebab aku bawak dia tidur dengan aku lah dia mati.


ye, menyesal seumur hidup.


Tuesday, December 22, 2009

Oh hm Hi! Sy Teha haha. Bosan lahh. Maisha dah balik, tinggal aku sorang-sorang. Aku nak beli straighten iron, bila nak dapat ni? Tolonglahh. Nak sangat, okay kali ni kau nak jadi matang sikit, aku tak nak haru biru & merajuk pasal satu beda bodoh je, nanti gaduh susah, nanti makin banyak pulak dosa aku dekat mak aku.


Aku tengah cuba buang ego, pentingkan diri sendiri dan sifat tak matang ni. Sakit tahu tak nak buang benda-benda ni semua, kena sabar. Aku dah lah tak boleh sabar. Takpe, benda ni semua amik masa kan?


Hari Khamis aku takde, byebye kawan-kawan. Pandai-pandai lah korang cari aku tau, aku tak nak cari korang dah, HAHA jahat ;p

Hmm aku malas nak lah nak cerita panjang. Lain hari lain cerita okeng? Bye! (-:

Friday, December 18, 2009


Sakit tangan! Ish. Bila aku nak dapat barang yang aku nak heh? Tak dapat kot, sebab PMR keputusan nak keluar dah kan, aku takut kalau satu fail, hm, memang satu barang pun aku tak boleh dapat aa. -.-

Tadi pergi skatepark, memang bosan, Aiman kata nak skate, tapi tak pun, adik dia je, lepas tu duduk dekat apa tu, rock climbing heh? Haa ye lah kot. Aan pulak bodoh tak habis-habis amik gambar bontot & panties aku, sial tak sial en? Andand btw, Maisha & Aan macam sweet gila bila amik gambar berdua haha.

Lepas bosan lepak dekat situ, masuk dalam BK, aku belanja dierang -.- takpelah kawan-kwan en haha. Borak punya borak, masa tengah cakap, Aiman minum air tapi dia tak telan pun, dia cakap lepas tu dia lepas kan air tu keluar dari mulut dia, okay, tak faham kan? Kalau sesiapa jumpa aku nanti aku buat, PROMISE, haha sumpah lawak. Okaylah, benda ni Aan yang buat dulu masa dekat kedai mamak rafi, kelakar oh ;D Korang kena tengok dulu baru gelak, sebab tak lawak pun kalau aku cakap, memang tak faham aa  -.-

Bosan pulak lepak kat BK, Aiman call Pak Li, amik kitaorang then blah pergi condo. Planned buat kejutan dekat Maio, hihi. Tapi dia tak seberapa bangga lah aku datang kan? Kalau 3brothers tu datang excited gila, eceh jangan terasa Mai, gurau je. Aiman pulak call suruh pergi blok A, memang best. Takpe! Isnin aku datang, TUNGGU.

Ha dah lah apa lagi, lepas tu aku balik rumah (; byeee. Eh, btw, Ijol hantar Chit balik rumah tadi, aku nampak dia, lama tak jumpa dia ); rindu oh.

Thursday, December 17, 2009

Control Freak


Tajuk kat atas tu aku dengan Maisarah Ali pernah guna, hihi. Heh, aku rasa aku nak tukar blog skin lah, macam bosan pulak aku punya lay-out macam simple sangat.

Yeay! Esok jumpa Deanna, aku rindu dia. Nak jumpa Mai, tapi dia tak boleh keluar lah pulak, si Nabilah kerja, haish. Nak cari lay-out baru, boiboi.

Wednesday, December 16, 2009

Orang Asli Rock


Okay kita sambung balik cerita semalam, aku malas nak taip sebenarnya tapi aku rasa cerita ni macam menarik, banyak pengalaman, eceh haha. Sebab benda-benda ni berlaku tanpa dirancang, aku pun terpaksa lah ikut kan, haish nasib.

Aku nak upload gambar, tapi lembab lah pulak, geram gila. Pukul 7 pagi semalam mak aku kejut aku bangun suruh mandi, aku plan tak nak mandi lah kan, sejuk. Tapi mandi jugak. Tempat tidur dia ish memang lena sangat lah aku tidur kan, dengan tikar je, mak aku tidur atas katil empuk, hmph. Lepas tu aku dah lama tak dengar azan Subuh, aku tak tahu lah kenapa aku rasa takut time dengar azan Subuh, banyak dosa agaknya hihi.

Lepas breaksfast semua, pukul 8 berkumpul dekat bungalow sebelah. 8.30 gerak, btw, orang ingat aku ni wartawan, apa aku ni muka mak orang ke? Masa amik gambar kat hutan, orang kata mak aku anak, aku pulak yang macam mak orang -,-

Dah sampai tempat tu, aku fikir duduk tepi sungai je lah, punya seksa aku naik turun bukit pakai selipar je, aku mana tahu ada aktiviti masuk hutan, lepas orang semua tanya aku kenpa pakai selipar. Mak aku aa ni, hish! Takpe, tapi best haha. Terima kasih lah kat abang-abang yang tolong pimpin aku.

Ada satu daun herba kat dalam hutan ni, nama nya LERHER aku pun tak tahu lah knp nama dia macam tu, buruk beno namanya, haha. Nak dekat balik, orang kata aku macam nenek kebayan pegang kayu duduk belakang sekali, wtf haha. Lepas tu, ada anak orang asli bawak keluar anak tupai, kecik gila, macam anak arnab jugak lah. Kak Lia bawak balik bela sebab kalau tinggal kat orang asli tu, nanti dierang makan, ish ish ish, kejam sungguh.

Aku tengok orang asli semua happy, takde apa-apa yang dierang nak fikirkan. Aku kata kat mak aku nak jadi orang asli lah dari duduk KL macam-macam masalah aku fikir, seriously, orabg asli life dia memang happy oh.

Okay, byebye.


Tuesday, December 15, 2009

TAK NAK!


Fuh, semalam aku pergi ke Hutan apa tah nama dia, pelik pelik, tak pe, yang penting hutan orang asli duduk lah kat situ. Aku, mak aku dan Kak Lia terlambat sampai, so kitaorang dapat tengok tarian sewang je. Sumpah macam orang asli clubbing, ye lah, zaman dah moden. Aku pelik lah jugak, aku masuk-masuk je, tiba-tiba ramai budak kecik tengok kat aku, apa dia tak pernah tengok orang Melayu ke? haha Takpe takpe, aku tak kisah.Masa aku kat dalam rumah apa tah, aku nampak orang asli ber-sms, yeah! Orang asli pun ada handphone lahh.. Canggih pulak tu. Lagi satu, perempuan pulak, dierang pun buat rebonding lahh, ha amik kau, jangan main-main, haha.

Ada lagi sebenarnya, nanti aku sambung cerita yang hari ni pulak, okay bye.

Monday, December 14, 2009


Hi, apa cer? haha Aduh aku ni ber-blogging macam noob sangat kalau nak cakap apa yang aku tengah buat sekarang kalau dalam BM, sebab orang selalu buat dalam english kan so tak rasa ganjil sangat kan kan. Tak pe lah, aku bersungguh-sungguh haha. Oh dan tadi, aku pergi Giant, bawak lah anak kucing aku yang kecik ni, dekat sana, ramai gila usha dia, ye lah anak aku kan, mestilah comel ;D

Esok aku kena bawak dia pergi klinik sebab dia macam tak sihat, perut dia tak selesa agaknya, cirit-birit. hm. Aku taknak dia mati, aku tengok adik beradik dia yang lain semua aktif dan geluk-gemuk belaka, dia pulak bila aku pegang je tulang, haish, risau lah aku. Dah lah dia paling comel.

Okay lah aku rasa aku nak tidur, selamat malam (;